Monday, November 2, 2009

Sistem Operasi Windows Terbaru

TIDAK lama lagi pengguna komputer boleh menggunakan perisian Microsoft Windows terbaru menggantikan Windows Vista dan XP. Bagi meningkatkan lagi prestasi pemprosesan komputer, Microsoft melancarkan perisian terkini Window 7 minggu lepas.

Buat masa ini Microsoft akan menjalinkan usahasama dengan rakan kongsi di negara ini seperti Intel, Dell, HP, Toshiba, Lenovo dan Asus dalam membangunkan sistem operasi.

Sehingga hari pelancaran, Microsoft akan terus menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi industri bagi memastikan keperluan pengguna seluruh dunia.

Ketua Pegawai Pemasaran Microsoft Asia Pasifik, Andrew Pickup berkata, sehingga kini pihak sedang berbincang mengenai tujuh perkara bagi memenuhi permintaan pengguna.

"Kami membina Windows 7 dengan rakan kongsi dan keyakinan mereka mengenainya.

"Kami yakin perisian terbaru ini menggambarkan kerjasama erat antara kami dan pelanggan," katanya semasa majlis pra pelancaran Windows 7 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Laporan IDC meramalkan Windows 7 akan mengambil alih 50 peratus sistem operasi seluruh dunia menjelang 2010 dan dijangka 177 juta unit akan berada di pasaran penghujung 2010.

Apa kata rakan kongsi komputer mengenai Windows 7

Ketibaan Windows 7 memang tepat pada masanya semasa pengkomputeran mudah alih.

Kami telah bekerjasama erat dengan Microsoft mengenai pembangunan produk masa kini dan masa depan dan mengambil kesempatan ketika ledakan pengkomputeran bagi memastikan landasan Intel dapat digunakan oleh pengguna Windows 7 apabila dilancarkan.

- Pengurus Negara Intel Malaysia, Ryaz Patel

Kerjasama erat dengan Microsoft memastikan produk kami akan sedia dengan Windows 7 apabila dilancarkan.

Adalah menjadi matlamat Acer menjadikan teknologi komputer mudah digunakan setiap hari dan mampu dimiliki oleh semua orang, di mana saja.

- Ketua Jabatan Komputer Meja dan Pelayan Produk, Acer Sales & Services Sdn Bhd, Chan Weng Hong.

Ramai pelanggan bimbang migrasi kepada OS yang baru memakan masa lama dan rumit tetapi Dell telah membantu pelanggan menyedari kelebihan menaiktaraf Windows 7 menerusi integrasi rapat dengan Microsoft.

- Pengurus Besar Negara, Dell Malaysia, Yuri Wahab.

Microsoft adalah pelanggan bernilai dan kami bekerjasama rapat dengan mereka semasa pembangunan Windows 7 bagi memastikan pelanggan mendapat kelebihan daripada ciri terkini.

Landasan Windows 7 membenarkan HP membawa inovasi secara berterusan kepada komputer buku dan meja HP bagi memberikan pengalaman pengkomputeran hebat kepada pelanggan.

- Pengurus Besar Negara, Kumpulan Sistem Peribadi, Hewlett Packard Malaysia, Danny Lee.

Kami menjalinkan kerjasama rapat dengan Microsoft semasa pembangunan Windows 7 dan kami mereka penyelesaian baru bagi ciri terkini sebagai usaha menyediakan pelanggan dengan pengalaman terbaik.

- Pengurus Pembangunan Pasaran, June Gan, Toshiba Asia Pasific Pte Ltd.

Dengan pelancaran Windows 7 tidak lama lagi, sistem operasi Microsoft terbaru ini akan membuka mata masyarakat mengenai pengkomputeran.

Kami menekankan mengenai menjadikan produk lebih baik dengan meningkatkan paras integrasi Microsoft dan menerusi perbincangan dan penyelidikan dengan pelanggan.

- Pengurus Saluran, Pengedar Bisnes Konsumer Lenovo Malaysia, Yap Hui Hui.

Produk Asus dan pembangunan falsafah Microsoft di sebalik Windows 7 boleh dikatakan sangat sepadan dan kami amat teruja dengan pelancarannya.

Kami percaya kerjasama erat dengan Microsoft akan terbalas apabila pengguna merasai pengalaman Windows 7 pada produk kami.

- Pengarah, Produk Notebook, Asus Malaysia, Neo Wang.


Sumber utusan.com